Thursday, 25 December 2014




Lirik Lagu Wajah - Jaclyn Victor

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah
luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/01/wajah-jaclyn-victor.html#ixzz3MyUiKoqN






Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Saya ingin mengulas sedikit tentang lirik lagu ini berdasarkan dari kefahaman dan pandangan saya.
Lirik ini berkisarkan tentang keazaman seseorang untuk terus maju kehadapan walaupun mendapat pelbagai ujian dan rintangan. Derita yang ditanggung seseorang itu tidak akan difahami oleh sesiapa pun selagi orang lain tidak menghadapi apa yang sedang dilaluinya. Setiap orang berhak untuk mendapat kejayaan walaupun mereka tersungkur seribu kali. Telah menjadi lumrah manusia, semua orang akan merasa derita sebelum mendapat kejayaan yang diimpikan. Setiap orang berhak mendapat kata-kata semangat serta empati daripada orang lain. Pada wajah seseorang tersembunyi seribu satu rahsia. Pada raut wajah seseorang itu, kita dapat merasakan apa yang sedang di alaminya tetapi kita tak mungkin dapat menafsirkannya dengan tepat. Mungkin dari raut wajah yang sedih itu adalah sedih kerana mengenang nasib dirinya atau mungkin sedih kerana dia tidak menikmati apa yang di beri oleh Tuhan. Kita hanya memandang raut wajah itu dengan perasaan sebak tetapi kita tidak akan rasa apa yang sedang dialami olehnya. Seperti yang dapat kita lihat sekarang tentang banjir paling buruk di dalam sejarah Malaysia. Tambahan lagi, banjir yang berlaku di Kelantan adalah yang amat teruk sekali mengalami bencana alam ini. Sungguh terkilan dan amat sedih sekali apabila kita melihat dari kejadian-kejadin yang berlaku di negeri ini. Kita hanya mampu berasa sedih dan doa dari jauh. Kita tidak merasakan apa yang mereka sedang alami. Pihak yang berkenaan dan yang bertanggungjawab berusaha untuk menolong mereka dengan menghulurkan bantuan dari segi makanan, pakaian, serta keselamatan. Mereka berhak mendapat bantuan ini untuk meneruskan kehidupan mereka. Mangsa-mangsa banjir ini terdiri daripada berbagai jenis usia, samada dari peringkat bayi hingga ke warga emas. Tidak lupa juga kepada ibu yang sedang sarat mengandung. Jadi kita sebagai rakyat malaysia harus menghulurkan bantuan samada dari bentuk doa, wang ringgit, harta benda atau tenaga kerja kerana pada waktu-waktu genting seperti ini, mereka sangat memerlukan dan mereka sangat berhak kepada segala jenis bentuk bantuan. Kepada mangsa-mangsa banjir, semoga semuanya selamat dan kita doa supaya langit akan berhenti menangis. Kuatkan hati dan bertabah dalam menghadapi ujian. Ujian yang berat hanya untuk orang yang hebat. Alhamdulillah kepada negeri yang terlibat dengan ujian ini dan Innalillah untuk mangsa-mangsa banjir yang sedang dalam menghadapai kesukaran. Malaysia turut merasai penderitaan anda walaupun tidak seperit yang anda alami. Wallahualam.